Thursday 2 June 2016


Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebagai :

1. ARKITEK J41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

Tarikh tutup permohonan 14 Jun 2016 
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

SABAK BERNAM


CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web  Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.

b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan)
iii) Transkip keputusan peperiksaan semua semester
iv) Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
v) Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh diiklankan pada  01 Jun 2016 (Rabu)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2016 (Selasa Jam 4.00 Petang) 

e) PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :-

i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan
iv) Tidak ditandatangani
v) Diterima selepas tarikh tutup iklan.

f) Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja

g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

i) CATATAN AM:

Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar perlantikan Anak Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon yang layak dari Negeri Selangor.

Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini


EmoticonEmoticon